Tuesday, May 5, 2015

Dugaan itu pengalaman....

Went to clinic semalam. Tujuan asal sebab encik suami nak dapatkan mc. Tapi 2 perkara berjaya membuat saya termenung panjang...

FIRST.....
Actually, a couple of week before... I felt like something was wrong with my heartbeats. Tibe-tibe a few times a day jantung rasa berdebar. Denyutan jadi agak laju macam orang terperanjat. After 2 or 3 days, satu lagi kepelikan berlaku. Bile bernafas terasa seakan tak sampai. I was like... Ya Allah... What happened to me? Sakit jantung ke ni? At the same time... Badan semakin hari terasa makin lemah. Tangan kerap menggeletar. Tapi saya gagahkan jugak dengan rutin dan tanggujawab harian. Setiap hari bile malam je badan dah terasa betul2 flat. Pukul 9 saya dah terbaring depan tv dengan anak-anak. Bukan suke-suke berehat, tapi melepaskan lelah. Kalau ikutkan hati memang nak tido terus tapi dah menjadi kebiasaan saya tak akan tido selagi encik suami tak balik keje. But lately... Saya kerap tertido masa menunggu dia. What was happened to me actually? So semalam, went to poliklinik utama untuk dapatkan some opinions from my favourite doctor, dr rohani. When i told her the story, one word came out from her mouth. THYROID. Errr... Tiroid? Bukan yang bengkak kat leher tu ke? She answer me, no, its hormon. Dr rohani suruh saya datang lagi hari lain dan puasa sebelum datang sebab she need to take my blood for blood test. Ya Allah... Dugaan apakah ini? I was confused. Blur sungguh rasanya. As usual, i do some research (dengan bantuan gugel pastinya). Bile baca punye baca... Ya Allah.. Boleh tahan teruk jugak sakit ni. I was a little bit down. Tapi positifkan diri. Kadang-kadang cara penulisan dapat membesarkan sesuatu yang tak besar mana pun. Plus... Kena buat blood test dulu untuk tau sakit ape sebenarnye saye ni.. Memang kalau ikutkan hati malas nak g. Tapi saya dah tak tahan dengan situasi sekarang. I am an active person. Tanggungjawab saya besar sepanjang suami saya bekerja. Jadi saya rasa tersiksa sangat bila badan tak larat macam ni. Saya kena berubat untuk sihat dan teruskan rutin harian saya macam selalu tanpa rasa penat. Doakan yang terbaik untuk saya ye!

SECOND...
Saya perasan, encik suami saya lately ni cepat naik angin. Sedangkan sepanjang kenal dia, dia adalah orang yang paling sabar saya pernah jumpe selepas arwah dady. Tapi sejak kebelakangan ni dia suke marah-marah walaupun hal kecik je. Pernah a few times bercakap pasal ni kat dia. Dia pun tak pasti kenapa dia mudah sangat hilang sabar lately. Dan satu lagi... Dia kerap cakap kepala dia selalu pening. Pernah ke klinik asia to check BP dia. Normal doktor kata. So saya ingat maybe dia terlalu penat. Semalam, cuba checkup kat klinik dr rohani. Tiga kali reading menunjukkan nombor yang lebih kurang sama. 150/110. Allahuakbar... Dugaan... Orang yang terlalu penyabar ni memang senang kena darah tinggi ke ek? Arwah dady pun pengidap darah tinggi gak. Doktor dah bagi ubat semalam plus mc 2 hari untuk dia rest. Harap-harap pasni bacaan akan turun. Maybe dia terlalu penat bekerja. Keluar pagi-pagi, malam baru sampai rumah. Everyday kecuali ahad. And ahad tak dapat rest sebab anak-anak sekolah. Asyik keluar masuk amek anak demi memudahkan saya yang dah kepenatan menguruskan semuanya sepanjang dia takde. Encik suami, pengorbanan awak sangat besar. Semoga dia cepat sembuh...

Sekelip mata, kami diduga dengan kesihatan. Semoga kami diberi kekuatan demi membesarkan anak-anak kami dengan sempurna. Berharap sangat suatu hari nanti saya dan anak-anak dapat pindah ke segamat kami dapat jalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik lagi. Semoga dugaan ni cuma sementara saja untuk mengingatkan kami pada perkara-perkara yang mungkin kami terlupa atau abaikan....

Thursday, April 23, 2015

TIPS : jom menabung!


Lbh 30 thn hidup dlm dunia, akhirnya sy berjaya mendisplinkan diri utk menabung di rumah. Itu pun bile laki sy dpt idea utk sediakan tabung utk setiap ahli keluarga dan setiap tabung di sealed kan serapat2nya sampai kompem x blh bukak sendiri. Clever u incik laki! Big claps for u. Hehehe... Now.. even not everyday, saya akan pastikan sy sentiasa ingat utk isi tabung sy.

Sikit tips sy nk share... Bg menjadikan aktiviti menabung tu menarik utk sy
1. Sy setkan cuma syiling 50 sen dan duit kertas hijau (rm5) je yg sy nak simpan. Kire bt benda tu mcm satu koleksi la. Mcm kite kumpul setem, kumpul botol perfume... or whateva.. lbh menarik kan dr simpan duit. Bile benda tu satu koleksi, nk guna pun syg kan. So selamat la duit dlm tabung tu.
2. Sy setkan target. Sy mula menyimpan dari 1.1.2015 dan saya target utk bukak tabung sy pd 31.12.2015. Sgt x sabar ok. X sabar nk tunggu tarikh 31 disember utk kira hasil tuaian saya. Secara x langsung benda ni bt sy bersemangat nk menabung.
3. Utk anak2 lak, sy wujudkan persaingan sesama diorg. Laki sy janjikan ganjaran kpd saper yg simpan duit paling byk bile sesi bukak tabung on 31st december nanti.

Mmg berkesan la. Sy bersemangat nk menabung dan anak2 pun sama. Diorg berlumbe2 nk isi tabung. Dan yg best skang ni erina pun dh pandai penuhkan tabung dia. Pantang org bg duit je berlari dia pegi masuk bilik cari tabung. Silap2 erina yg menang kot nanti. Heehehe..

Saturday, April 4, 2015

Flashback : cerita boboi

Sejak mkn ubat prednisolone byk sgt perubahan pd boboi. Selain fizikal dia yg makin bulat, emosi yg kdg2 over, jd makin bijak, apa yg ketara sangat sy nmpk dia sekarang jadi makin kepoh. Mulut becok yang amat! Sampai kadang2 saya rase macam nak cili2 kan aje mulut dia. Grrrrrrrr!!!!

Kadang-kadang saya rase rinnnndu sangat kat boboi yang dulu... Yang pendiam, yang selalu buat hal sendiri je, yang tak kuat mengamuk macam sekarang ni.... Ya Allah rindunye masa lalu... Tapi bila kenangkan detik-detik mendebarkan sepanjang dia sakit selama lebih sebulan, sy redha dengan perubahan yang berlaku pada dia sekarang. Biarlah dia physically berubah pun asalkan dia tak lagi sakit macam dulu. Tak sanggup lagi rasenye nk lalui detik2 tu. Hari2 saya menangis, hari2 berdebar dengan keputusan darah yang mcm xde penyelesaiannye. Masih ingat lagi macamana saya menangis bila doktor mintak izin untuk ambil sumsum tulang boboi utk pastikan dia bebas dari leukimia. Ya Allah... Tuhan je yang tau perasaan saya masa tu. Prosidur tu sendiri dah menakutkan saya. Lagi kan pulak keputusan yang bakal saya terima. Syukur boboi bebas dari sel Kaiser/leukimia.

Dan ternyata ketakutan yang amat sangat tu merupakan klimaks kepada penantian saya dan suami. Keputusan tu yang menentukan penyakit boboi. Bila keputusan BMA tu negatif, pakar di HPSF terus buat appointment dengan pakar di hospital selayang untuk teruskan diagnosis untuk penyakit systemic JIA - satu penyakit yg ternyata sgt asing pd saya. Bermula la fasa research tentang JIA dalam hidup saya. Sana sini JIA. Dan makin hari hati makin lega sebab even JIA is a chronic desease, ianya bukan penyakit yg membunuh macam kanser. Makin hari saya makin boleh terima. And by the time pakar di hospital selayang sahkan penyakit boboi ni, saya dah lebih 90% faham tentang apa yang menimpa permata hati saya ni.

Now... Hari2 saya berdoa agar Allah sembuhkan penyakit boboi ni. Saya tetap bersyukur dengan dugaan yang Allah bagi ni sebab ternyata byk hikmah disebalik dugaan ni. Dan saya selalu percaya dengan kemunculan pelangi yang sangat indah selepas hujan yang lebat.....

Saturday, March 21, 2015

Selfie wefie weeeeeeeeee!!!

Masih lagi berkisar tentang topik panas. Hari ni memang sangat sangat sangat sangat panas rasenye. Cuaca paling panas dalam minggu ni. Pastu panas2 ni pulak kena g umh sebelah sebab ada majlis bertunang. Masa duduk kat luar tu peluh berjuraian kan badan. Sampai basah baju. Mengalahkan duk dlm hot blanket kat mayfair aje. 

Lame gak la duk kat luar tu. Nak melarikan fokus punye pasal, x memasal je sy yg jarang nk berselfie berwefie ni blh berwefie ngan erina... Huhuhu....


Takde keje ek. Sebelum tu amek gambar erina dulu.... 


Macam-macam gaya si budak tecit ni kan.

Pagi tadi pulak, mumy suh bwk dia g gunting rambut. So bwk la budak2 sekali. And for the first time erina duduk sendiri masa potong rambut. Memang siksa la aunty yg nk potongkan rambut dia tu. In the end x potong sangat pun rambut dia. Dapat trim sikit je. Ok la tu... 


Jakun giler dia bile kena duduk atas kerusi pastu kena balut dengan kain mcm tu....hehehehhe....





Marathon.....

Phewww... Penatnye rase 2 hari ni. Terkejar2 sangat sampaikan nak makan pun x sempat. Dr pg td bgn tido je menyiapkan breakfast pastu sambung lak buat pavlova yang customer nak amek tghari. Sambil tu masak nasi ngan lauk utk makan tengahari ngan sidai baju. Pastu siapkan cheezy meatball utk hantar ke butik2. Dah siap tu bake carrot cake lak. Sambil tunggu carrot cake masak, sy g butik DTS utk antar meatball. Then balik kuarkan carrot cake dari oven. Sementara tunggu sejuk, g antar food kat butik Masjar pulak. Singgah rumah yan, amek dia dan bwk sekali g Masjar sbb dia teringin nak g sana. Blk dari Masjar deco sket carrot cake tu sambil kemas dapur. Kek dah siap. Skali masa nak simpan boleh pulak erina cepuk. Sighhh.... Kena betulkan balik. Sambung kemas dapur. Tibe2 teringat yang terlupa beli bahan utk buat creampuff mlm ni. Kuar jap g beli. Balik sambung kemas. Pastu mandi, solat. Lps solat nk bt creampuff baru perasan yang kakak salah belikan tepung. Dah kena kuar balik beli tepung yang betul. Blk kedai kemas tmpt makan lak. Pastu bancuh adunan creampuff dan biarkan sejuk. Pasni nk tido pastu bgn kul 3 nk siapkan creampuff. Lps bancuh td smpt gak kuar jap makan celup2 kt loklok. Akhirnye... Ni baru dpt rehat. Duduk2 ngadap ipad. Smpt gak update blog. Memandangkan mata dah layu, xleh nk sambung celoteh lg. next time la ye. Kbaiiiiiiiii!


* ni baru citer yg hari ni. Lom citer yg smlm....huhuhuhuhu....

Friday, March 20, 2015

Panas!! Panas!!!!


Fuhhh... Panasnye cuaca sekarang ni kan. Sampaikan badan pun rase satu macam. Bile petang sampai ke malam je mule la nak melepek je kat lantai. Kalah orang mengandung pulak. 

Cuaca panas kali ni buat saya rasa sangat2 ta sihat. Banyak order yang terbengkalai disebabkan saya tak larat nk buat keje kat dapur yang macam oven gayanya tu. Pagi memang la dah sibuk dengan keje rumah dan anak2. Biasanya petang la masa untuk saya masuk opis kesygn saya tu. Tapi sejak cuaca panas melampau ni saya memang tak tahan nak buat keje petang2 tu. Rasa macam nak pingsan pun ye. Terlalu panas. Lemah badan dibuatnya. Sampai ke malam letihnye. Cepat la cuaca panas ni berakhir...

Hari ni nak atau tak saya kena gak siapkan beberapa order yang tertangguh. Badan pun rase ok sket sejak minum pati delima gulsan. Tak sangka serasi lak ngan badan. Syukur la. Semoga badan ni makin sihat dan terus sihat....

Sunday, March 15, 2015

Boboi dan systemic JIA

12 mac hari tu bawak boboi untuk rawatan susulan kat hospital selayang untuk sakit systemic JIA dia. Alhamdulilah... Doktor reducekan kuantiti ubat yang boboi kena makan. Doktor kata jenis JIA boboi ni agak special. Tak pasti lak saya apa yang specialnya. Tapi doktor kate untuk systemic JIA ni ada kemungkinan penyakit ni cuma akan menyerang pesakit sekali je lepas dapat treatment dan medication terus baik. Ada jugak yg serang sepanjang masa, tapi dapat dikawal dengan medication. Dan ada jugak yg serang dengan kuat dan tak dapat dikawal dengan jenis dan dos ubat yg diberi. kalau ikut pada diagnosis yang doktor dah buat nampak mcm samaada sakit tu cuma serang sekali saje atau pun sakit tu dpt dikawal dengan jenis dan kuantiti ubat yang diberi. Doktor dah reduced kan ubat dan jugak ambil darah boboi utk diuji. Hopefully sakit boboi semakin pulih. Allah je yg tau mcmn perasaan saya sekarang ni. Ni baru cerita tentang appointment paedatric. Belum lagi appointment mata...

On 13th pulak ari tu ade appointment dengan pakar mata. Pesakit JIA memang ada risiko untuk rabun dan kalau tak dikawal boleh buta. So setiap 3 atau 4 bulan boboi memang kena jumpa pakar mata. Masalah mata ni doktor kate mungkin boleh disebabkan oleh sakit JIA tu ataupun mungkin disebabkan oleh pengambilan steroid yang berterusan. Jadi doktor buat beberapa test hari tu. Dan keputusan agak membimbangkan. Doktor kata status mata boboi agak membimbangkan sebab berada kt border line antara rosak atau normal. Allahuakbar. Niat nak tukar rawatan susulan ke hospital muar terbantut bile doktor tanye "berani ke?". Allah... Tak mungkin la saya nak merisikokan kesihatan anak sendiri demi memudahkan saya laki bini. Xpelah. Berulang selalu ke selayang pun saya tak kisah. Memang perlukan kos yang banyak. Tapi duit boleh cari kan. Allah pasti beri rezeki nanti....

Eh... Maybe ade yang tak tau boboi sakit apa. Insyaallah nanti saya citerkan tentang ni kat entry yang lain ye. Sementara tu boleh tgk sket tentang simptom JIA kt bawah ni. Ni lah yang berlaku kat boboi sebelum ni sblm dpt dikenalpasti ttg sakit dia.



Ok. See ya!

Tuesday, March 10, 2015

Prihatin la sikit....

Pagi tadi sy hampir bergaduh dengan sorg lelaki disebabkan sikap biadap dia. Citer dia macam ni....

Pagi tadi saya dgn incik suami bawak mumy g bank untuk beberapa urusan penting. Keta banyak sangat. Xde parking. Biasa la bank area kan. Jadi saye turunkan incik suami dengan mumy sebab dia lg senang nak pimpin mumy bawak masuk dalam bank. Mumy kan xboleh jalan sangat. Boleh dikategorikan sbg kurang upaya pun sebenarnye. Kalau jalan dekat-dekat memang kena pimpin. Ni kan pulak jalan jauh. Kompem kena naik wheelchair. Kat bank tu memang ada sediakan satu petak parking untuk handicap. Kebetulan kosong tapi saye dah terlepas. Jadi saya pusing dulu dengan harapan bila sampai kat situ parking tu masih kosong. Memang saya perlukan sangat parking tu supaya senang mumy nak jalan balik ke kereta. Saya pun pusing..

Bila dah nak sampai saya nampak parking tu masih kosong. Syukur alhamdulillah... Rezeki mumy saye kate. Tetibe bile lagi beberapa meter nak sampai tempat parking tu, ada sorang mamat yg tak berapa nak bijak potong saya belah kiri. Saya terkejut tp sabar lagi sbb saye fikir x pe lah... Biar dia lepas. Pastu punye la bangangnye dia boleh park betul2 kat tmpt masuk parking handicap tu. Kurang ajar! Saya dah signal kot nk masuk parking. Bute ke ape? Ke saje nk tunjuk biadap sbb tgk pompuan yang drive kan. Sy hon sekali dia buat tak paham. Hon 2-3 kali pun buat tak paham. Pastu saya hon pjg2. Pun dia buat x paham. Memang cari gaduh ni namenye. Sy dah turunkan cermin tingkap dah. Skali tu dia boleh undur sikit pastu masuk kat parking handicap tu. Ok. Ini mencabar saye namenye. Biadap. He's not a handicap and not even fetching any handicap tp parking kat tempat handicap. Saye memang marah betul masa tu. Dah berasap kepala ni. Saye terus block keta dia pastu bt bodo je. 

Tengah2 marah polis lak datang dgn muka separa bengis. Sepjg hidup sy, sy mmg takut ngan polis trafik. Tp disebabkan terlalu marah, polis belum sampai saye dah turunkan cermin pastu bebel2 ckp pasal apa yg berlaku dan apa yang saya tak puas hati. Dengan muke garangnye saye membebel sampaikan in the end polis tu cakap lembut je ngan saye suh tegakkan sikit keta je. Polis tu cakap "dah dah.. Nanti gaduh nanti". Dengan menyinganya saye jawab "ni memang nak gaduh ni. Kurg ajar punye orang". Polis tu ckp xpe... Awak tegakkan sket je keta awak... Nak tak nak terpaksa ke depan sket sebab nak tegakkan keta. Yg mamat tu yang dari tadi membatukan diri je dalam keta terus la amek kesempatan. Dia undur keta kuar parking pastu terus blah. See!!! Dia mmg saje je kan. Biadappppp. In the end sy dpt parking kt tmpt handicap tu dan g amek mumy kat dalam bank. Huhuhu....

Moral of the story la kat sini... 

Bile kite nampak signboard ni.....

xpyh laa buat2 tak paham atau buat2 mcm oku sbb tindakan kite tu akan menyusahkan mereka yang benar2 memerlukan. Jadilah warga yang prihatin dan tinggi nilai sensitivitinya..... 


Sunday, March 8, 2015

Cuaca dan kek

Lately ni bdn rase mcm x sihat je. Kenape agaknye. Sbb cuaca yg pns sgt ke atau faktor usia ye? Kalau ikutkan nk je aku pasang aircond kt rumah ni. Tp disebabkan encik suami nak jimatkan kos, terpaksa lah anak bini dia ni menahan bahang dalam rumah ni. Dia maybe tak tau macamana tahap panas ni sebab dia sepanjang masa kat opis je. Kalau ade duit rasenye dah lame aku pasang sendiri aircond ni. Takpe lah. Orang tak berduit memang selalu kena redha dengan keadaan sekeliling. 

Weekend ari tu (kat johor jumaat dan sabtu adalah weekend ye) aktiviti utama adalah menyiapkan tempahan. Dan ada satu tempahan yang sangat mencabar iaitu wedding cake dengan fresh flowers atas dia. Nampak macam senang tapi bile dah buat baru tau yang fresh flowers tu sangat susah nak handle. Beli 3 kuntum ros yang sangat cantik tp bile mase nak deco, bukak je plastik terus kelopak dia tanggal satu persatu. Rase macam nak nangis je. Tapi apepun syukur siap jugak kek tu. Dan hilang segala penat bile customer bt two thumbs up bile tengok kek tu. Syukur alhamdulilah...

Nak tengok kek dia? Ni ha.... 


Santek tak? Hehehe.. Korang kalau nak cuci mata tengok hasil air tangan dan kreativiti saye boleh cari yummilicious_by_olynnhashim kat IG ye. 

Ok see ya!

Saturday, March 7, 2015

Dengan lafaz bismillah....

Alhamdulillah... akhirnya niat untuk buat satu blog baru tertunai..

Semoga blog ni dapat menjadi medium untuk saya berkongsi cerita dan pengalaman hidup yang tak seberapa ni dengan ramai orang. Dan semoga dengan kembali berblog dapat menjadikan hidup saya lebih teratur dan tak kelam kabut dan sentiasa tak sempat macam sekarang ni. 

Terima kasih lah incik suami sebab register kan streamyx kt umah kan..

ok jumpa lagi kat next entry ye!