Sunday, December 10, 2017

Back to track

Assalamualaikum...

Lama betul saya tak update blog kan. Niat nak update tu ada, cuma maybe seru tu yang belum sampai. Sebenarnya terlalu banyak cerita yang nak ditulis. Tapi kekangan masa dan kelapangan tu membataskan penulisan saya. As a mom of five kids, i am too busy. 

Alhamdulillah hari ni terpanggil untuk menulis kembali. Terbangun subuh dan terasa hati sangat-sangat sayu. Kelmarin doktor sahkan yang kakak perlu jalani spine operation due to scoliosis dia yang dah capai degree yang membimbangkan. I was too cool masa terima keputusan tu. Memang macam tak percaya saya boleh jadi sepositif tu. I know that i have to be strong. Sebenarnya saya tak sekuat mana pun. But strong is the only choice. So, nak atau tidak saya perlu jugak kuat. 

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa dengan kakak kan? Saya akan ceritakan nanti. Kekangan masa. Tak dapat nak bercerita panjang. Jumpa lagi dalam next entry ye. 

Love,
Olynn

Friday, February 12, 2016

RESEPI : Bubur Kacang Versi Maktang

Boleh ke ibu berpantang makan bubur kacang? Ada yang kata tak boleh. Tapi ada juga yang kata boleh sebab kacang hijau tu dapat tambahkan susu badan. Tapi dengan syarat perlu dimasak dalam versi ibu berpantang. Maksudnya NO SANTAN. Disebabkan saya berpantang dengan cara tradisional moden (wah! Dah macam tema pengantin pulak), maka saya pilih pendapat yang kata boleh. 

Kalau diikutkan, jadi ibu yang sedang berpantang atau nama manjanya MAKTANG memang perlu banyak berehat. Makan pun tak boleh sembarangan. Semua perlu dijaga. Kalau ikutkan sebelum ni, selama 44 hari berpantang memang saya tak akan buat satu kerja pun. Memang berehat sepenuhnya. Tapi itu dulu. Zaman arwah dady dan arwah mak masih hidup, zaman mumy masih sihat. Merasa la jugak berpantang sepenuhnya masa anak pertama sampai ketiga. Masuk je anak yang ke empat, semua tu tinggal kenangan. Saya perlu berpantang sendiri dengan suami yang bekerja jauh dan berulang muar-segamat-muar setiap hari. Bila berpantang sendiri memang la tak boleh nak manjakan sangat diri ni. Tak ada sesiapa yang akan simpati dan buatkan apa yang kita nak makan. Jadi kenalah masak sendiri. Dan disebabkan badan baru nak pulih, memang kita akan cari resepi yang termudah untuk dibuat. Pagi tu saya mintak suami belikan bahan-bahan untuk buat bubur kacang versi berpantang ni. Saya olah resepi sendiri dan petang tu dapatlah makan jugak bubur kacang walaupun dalam pantang. Tapi tak berani makan banyak pun. Sekadar alas perut. 

Ok kite tengok resepi ok.


BUBUR KACANG VERSI BERPANTANG


Bahan-bahan
1 pack kacang hijau (dalam 150-200g)
1 cawan gula perang (boleh tambah jika kurang manis)
1 tin susu cair
3 helai daun pandan (simpulkan)
Air secukupnya

Cara membuatnya
1. Cuci dan rebus kacang hijau sehingga kembang bersama daun pandan
2. Masukkan gula perang dan kacau sehingga larut
3. Masukkan susu cair dan kacau
4. Biarkan mendidih seketika dan tutup api.

Senang kan? Sedap ke tak sedap sebenarnya bergantung kepada kita. Kalau nak sedap, bahan-bahan tu berlebih-lebih la sikit kan. Kalau susu cair pun x abis setin, gula setakat 2-3 sudu, ko hengat boleh sedap ke dikkk? Bile memasak, jangan lupa rase masakan kita tu ye. Kalau sedap ditekak kita, maksudnye orang lain makan pun insyaallah sedap. Unless kita ni memang spesis tak ada taste. Hehehe

Oklah. Untuk mereka yang tak terlalu strict berpantang, boleh la guna resepi saya ni. Kalau yang berpantang memang tak makan kacang segala, harap bersabarlah sampai habis pantang ye. 

Kbaiiii.....


Monday, February 8, 2016

RESEPI : Ikan Tumis Berasam (lauk orang pantang)

Semalam was such a busy day for my husband. Kesian tgkkan. Tak menang tangan dia. Semua kerja dia buat. Dr tugas2 seorg ibu, tugas seorg ayah, tugas menantu, tugas ketua keluarga... Semua dia dpt laksanakan dgn baik. Tapi tanggungjawab pada diri sendiri je yang dia terlupa. Kul 11 malam baru nk makan. Bersalah saya dibuatnya. Kalau bukan dalam pantang, boleh saya jaga makan minum dia kan. Takpelah.. Bertabahlah ye papa. Beberapa hari je lagi ni...

Well semalam dapat ajar dia masak lagi satu menu. Ikan masak asam. Lauk orang pantang uolssss... Alhamdulillah.. Marbeles rase dia. Encik suami memang ada potensi.. Nanti dah tua leh la bukak bisnes f&b sama-sama kan papa. 

So hari ni saya nak share la resepi simple saya ni..



IKAN TUMIS BERASAM
(Lauk orang pantang)


Bahan-bahan :
2 slice ikan (boleh guna sebarang ikan - saya suka tenggiri/merah) - digaul garam kunyit dan goreng
1 cm halia - mayangkan
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - potong ring
1 biji cili merah - potong serong
1 biji cili hijau - potong serong
1/2 genggam asam jawa - bancuh 3 kali
Sedikit garam, gula dan perasa

Cara-cara :
1. Goreng ikan sehingga garing dan masukkan ke dalam bekas
2. Keluarkan sedikit minyak goreng ikan dan kemudian tumis bawang putih dan halia sampai naik bau
3. Curahkan air asam jawa (bancuhan pertama), kemudian bancuhan kedua dan ketiga.
4. Bila dah mendidih, masukkan bawang dan cili.
5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika mahu)
6. Curahkan kuah atas ikan yang telah digoreng tadi.

Alhamdulillah siap... Sedap makan ngan nasi panas-panas. 

Sebenarnya encik suami masak dua lauk semalam. Satu lagi chapchai. Yang ni dia dah terer dah. Hari tu dah ajar. Malas pulak nak taip resepi kat sini. Next time la ye. Kite tengok gambar je. 


Sedap wooo... Orang lelaki masak memang sedapkan. Teringat masakan arwah dady dulu. Tak pernah ye tak sedap. Semuanya cukup rase. 

Hari ni encik suami dapat cuti dari belajar masak sebab kakak saya balik. Dapat la merasa air tangan kakak tersayang pulak hari ni...

Adios frens!


Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!

Friday, February 5, 2016

Day 20 - alhamdulillah makin sihat...

HARI KE 20

Lambatnye masa berlalu. Hari ni dugaan agak besar. Org yg selalu hantar makanan ke rumah sepanjang saya berpantang cuti start hari ni sampai 13hb nanti. Sebenarnye malas nak fikir pasal makanan. Tapi bila takde saper yang amek tau nampaknya saya terpaksa la jaga diri sendiri hari ni. Masak jugak yang simple2. Sup ayam. Saya campak kan semua sayur sekali dalam sup tu. Senang. Sekali masak je. Alhamdulillah mumy ade masakkan hati goreng kunyit tadi. Cukuplah tu lauk maktang. Selesai untuk hari ni. Esok macamana pulak ye? Nampaknye encik suami kena turun padang la subuh-subuh esok memasak untuk isteri tercinta ni kan.

Satu lagi dugaan hari ni... Orang yang sepatutnya datang untuk bantu saya kemas-kemas dan uruskan baby dah baper hari tak datang dengan alasan kena gatal2. Saya bukan la jenis orang yang tak berhati perut. Tapi saya terase macam orang cuba amek kesempatan atas kebaikan dan tolak ansur saya. Di saat saya perlukan pertolongan orang, orang buat saya macam ni kan. Saya bukan mintak tolong percuma. Saya bayar untuk perkhidmatan dia. Tapi sampai masa orang buat saya macam ni. Terase kecik ati. Niat nak amek dia kerja 2 minggu saya singkatkan jadi seminggu je. Untuk apa mengharapkan orang kalau saya kena buat semuanya sendiri jugak kan. Mungkin bagi sesetengah orang saya agak kejam dan sombong. Tapi bg saya, ini melibatkan tanggungjawab. Malas lah nak ckp byk. Kang nampak saya yang jahat. 

Oklah. Hati terasa panas pulak. Nak rest jap sementara baby tido ni. Bye semua. 

Thursday, February 4, 2016

Berhibernasi?

Alhamdulillah... Akhirnye terbukak pintu hati nk update blog balik. Kenape menyepi lame ye? Panjang cerita sebenarnye. Senang ckp semuanya sebab PEMBAWAKAN. Ye! I was pregnant last year. Dan dah bersalin pun awal tahun hari tu. Ye, ni permata hati yang ke LIMA. And i am proud with the number. Tak semua orang berjaya lahirkan 5 orang anak kan?

Hari ni hari ke 19 saya jadik "maktang". Macam baby sebelum ni, baby kali ni jugak prolonged jaundice. Harap-harap takde apa yang membimbangkan tentang jaundice dia ni. Saya sangat-sangat berharap yang ni adalah anak bongsu ye. Mak dah tak larat nakkkkk! Umur dah makin meningkat ni ras tak sanggup nak pregnant lagi. Pregnant kali ni sangat mencabar dari awal pregnant sampai lah ke proses melahirkan. Serikkkk ok! Takpe. Yang ini insyaallah saya akan ceritakan lain kali. Pengalaman mengandung dan bersalin anak kelima ni memang betul-betul mencabar. Kat entri ni saya cuma nak kenalkan our new family member je....


Ok... Perkenalkan... Hero kedua saya dan suami.. Muhammad Aliff Raiqal bin Junaidi. Lahir pada 17 Januari 2016 jam 7.40am di dalam OT tapi secara normal. Pengalaman yang paling saya tak dapat lupakan. Lahirkan anak secara normal tanpa suami saya kat sisi. Sedihhhhh. Tapi bersyukur sebab perut ni tak jadi dilapah. Owh lupe pulak... Baby ni keluar seberat 4 kilo dan ajaibnya mama dia x perlu dijahit pun. Kuasa Allah SWT. Syukur alhamdulillah. 

Well... Ni lah budak bertuah tu. From day 1 to day 3....

 
Day 1... Fresh from oven ok. Masih bengkak lagi ni. 

 
Day 2... Pun masih bulat tembam. Tengok la tengkuk dia tu...

 
Day 3... Dapat pun amek gambar dia bukak mata... 

Alhamdulillah... Akhirnye impian nk baby boy tercapai... 

Insyaallah jumpe lagi kat next entry ye kawan-kawan!


Lots of love,
Olynn



Tuesday, May 5, 2015

Dugaan itu pengalaman....

Went to clinic semalam. Tujuan asal sebab encik suami nak dapatkan mc. Tapi 2 perkara berjaya membuat saya termenung panjang...

FIRST.....
Actually, a couple of week before... I felt like something was wrong with my heartbeats. Tibe-tibe a few times a day jantung rasa berdebar. Denyutan jadi agak laju macam orang terperanjat. After 2 or 3 days, satu lagi kepelikan berlaku. Bile bernafas terasa seakan tak sampai. I was like... Ya Allah... What happened to me? Sakit jantung ke ni? At the same time... Badan semakin hari terasa makin lemah. Tangan kerap menggeletar. Tapi saya gagahkan jugak dengan rutin dan tanggujawab harian. Setiap hari bile malam je badan dah terasa betul2 flat. Pukul 9 saya dah terbaring depan tv dengan anak-anak. Bukan suke-suke berehat, tapi melepaskan lelah. Kalau ikutkan hati memang nak tido terus tapi dah menjadi kebiasaan saya tak akan tido selagi encik suami tak balik keje. But lately... Saya kerap tertido masa menunggu dia. What was happened to me actually? So semalam, went to poliklinik utama untuk dapatkan some opinions from my favourite doctor, dr rohani. When i told her the story, one word came out from her mouth. THYROID. Errr... Tiroid? Bukan yang bengkak kat leher tu ke? She answer me, no, its hormon. Dr rohani suruh saya datang lagi hari lain dan puasa sebelum datang sebab she need to take my blood for blood test. Ya Allah... Dugaan apakah ini? I was confused. Blur sungguh rasanya. As usual, i do some research (dengan bantuan gugel pastinya). Bile baca punye baca... Ya Allah.. Boleh tahan teruk jugak sakit ni. I was a little bit down. Tapi positifkan diri. Kadang-kadang cara penulisan dapat membesarkan sesuatu yang tak besar mana pun. Plus... Kena buat blood test dulu untuk tau sakit ape sebenarnye saye ni.. Memang kalau ikutkan hati malas nak g. Tapi saya dah tak tahan dengan situasi sekarang. I am an active person. Tanggungjawab saya besar sepanjang suami saya bekerja. Jadi saya rasa tersiksa sangat bila badan tak larat macam ni. Saya kena berubat untuk sihat dan teruskan rutin harian saya macam selalu tanpa rasa penat. Doakan yang terbaik untuk saya ye!

SECOND...
Saya perasan, encik suami saya lately ni cepat naik angin. Sedangkan sepanjang kenal dia, dia adalah orang yang paling sabar saya pernah jumpe selepas arwah dady. Tapi sejak kebelakangan ni dia suke marah-marah walaupun hal kecik je. Pernah a few times bercakap pasal ni kat dia. Dia pun tak pasti kenapa dia mudah sangat hilang sabar lately. Dan satu lagi... Dia kerap cakap kepala dia selalu pening. Pernah ke klinik asia to check BP dia. Normal doktor kata. So saya ingat maybe dia terlalu penat. Semalam, cuba checkup kat klinik dr rohani. Tiga kali reading menunjukkan nombor yang lebih kurang sama. 150/110. Allahuakbar... Dugaan... Orang yang terlalu penyabar ni memang senang kena darah tinggi ke ek? Arwah dady pun pengidap darah tinggi gak. Doktor dah bagi ubat semalam plus mc 2 hari untuk dia rest. Harap-harap pasni bacaan akan turun. Maybe dia terlalu penat bekerja. Keluar pagi-pagi, malam baru sampai rumah. Everyday kecuali ahad. And ahad tak dapat rest sebab anak-anak sekolah. Asyik keluar masuk amek anak demi memudahkan saya yang dah kepenatan menguruskan semuanya sepanjang dia takde. Encik suami, pengorbanan awak sangat besar. Semoga dia cepat sembuh...

Sekelip mata, kami diduga dengan kesihatan. Semoga kami diberi kekuatan demi membesarkan anak-anak kami dengan sempurna. Berharap sangat suatu hari nanti saya dan anak-anak dapat pindah ke segamat kami dapat jalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik lagi. Semoga dugaan ni cuma sementara saja untuk mengingatkan kami pada perkara-perkara yang mungkin kami terlupa atau abaikan....

Thursday, April 23, 2015

TIPS : jom menabung!


Lbh 30 thn hidup dlm dunia, akhirnya sy berjaya mendisplinkan diri utk menabung di rumah. Itu pun bile laki sy dpt idea utk sediakan tabung utk setiap ahli keluarga dan setiap tabung di sealed kan serapat2nya sampai kompem x blh bukak sendiri. Clever u incik laki! Big claps for u. Hehehe... Now.. even not everyday, saya akan pastikan sy sentiasa ingat utk isi tabung sy.

Sikit tips sy nk share... Bg menjadikan aktiviti menabung tu menarik utk sy
1. Sy setkan cuma syiling 50 sen dan duit kertas hijau (rm5) je yg sy nak simpan. Kire bt benda tu mcm satu koleksi la. Mcm kite kumpul setem, kumpul botol perfume... or whateva.. lbh menarik kan dr simpan duit. Bile benda tu satu koleksi, nk guna pun syg kan. So selamat la duit dlm tabung tu.
2. Sy setkan target. Sy mula menyimpan dari 1.1.2015 dan saya target utk bukak tabung sy pd 31.12.2015. Sgt x sabar ok. X sabar nk tunggu tarikh 31 disember utk kira hasil tuaian saya. Secara x langsung benda ni bt sy bersemangat nk menabung.
3. Utk anak2 lak, sy wujudkan persaingan sesama diorg. Laki sy janjikan ganjaran kpd saper yg simpan duit paling byk bile sesi bukak tabung on 31st december nanti.

Mmg berkesan la. Sy bersemangat nk menabung dan anak2 pun sama. Diorg berlumbe2 nk isi tabung. Dan yg best skang ni erina pun dh pandai penuhkan tabung dia. Pantang org bg duit je berlari dia pegi masuk bilik cari tabung. Silap2 erina yg menang kot nanti. Heehehe..