Friday, February 12, 2016

RESEPI : Bubur Kacang Versi Maktang

Boleh ke ibu berpantang makan bubur kacang? Ada yang kata tak boleh. Tapi ada juga yang kata boleh sebab kacang hijau tu dapat tambahkan susu badan. Tapi dengan syarat perlu dimasak dalam versi ibu berpantang. Maksudnya NO SANTAN. Disebabkan saya berpantang dengan cara tradisional moden (wah! Dah macam tema pengantin pulak), maka saya pilih pendapat yang kata boleh. 

Kalau diikutkan, jadi ibu yang sedang berpantang atau nama manjanya MAKTANG memang perlu banyak berehat. Makan pun tak boleh sembarangan. Semua perlu dijaga. Kalau ikutkan sebelum ni, selama 44 hari berpantang memang saya tak akan buat satu kerja pun. Memang berehat sepenuhnya. Tapi itu dulu. Zaman arwah dady dan arwah mak masih hidup, zaman mumy masih sihat. Merasa la jugak berpantang sepenuhnya masa anak pertama sampai ketiga. Masuk je anak yang ke empat, semua tu tinggal kenangan. Saya perlu berpantang sendiri dengan suami yang bekerja jauh dan berulang muar-segamat-muar setiap hari. Bila berpantang sendiri memang la tak boleh nak manjakan sangat diri ni. Tak ada sesiapa yang akan simpati dan buatkan apa yang kita nak makan. Jadi kenalah masak sendiri. Dan disebabkan badan baru nak pulih, memang kita akan cari resepi yang termudah untuk dibuat. Pagi tu saya mintak suami belikan bahan-bahan untuk buat bubur kacang versi berpantang ni. Saya olah resepi sendiri dan petang tu dapatlah makan jugak bubur kacang walaupun dalam pantang. Tapi tak berani makan banyak pun. Sekadar alas perut. 

Ok kite tengok resepi ok.


BUBUR KACANG VERSI BERPANTANG


Bahan-bahan
1 pack kacang hijau (dalam 150-200g)
1 cawan gula perang (boleh tambah jika kurang manis)
1 tin susu cair
3 helai daun pandan (simpulkan)
Air secukupnya

Cara membuatnya
1. Cuci dan rebus kacang hijau sehingga kembang bersama daun pandan
2. Masukkan gula perang dan kacau sehingga larut
3. Masukkan susu cair dan kacau
4. Biarkan mendidih seketika dan tutup api.

Senang kan? Sedap ke tak sedap sebenarnya bergantung kepada kita. Kalau nak sedap, bahan-bahan tu berlebih-lebih la sikit kan. Kalau susu cair pun x abis setin, gula setakat 2-3 sudu, ko hengat boleh sedap ke dikkk? Bile memasak, jangan lupa rase masakan kita tu ye. Kalau sedap ditekak kita, maksudnye orang lain makan pun insyaallah sedap. Unless kita ni memang spesis tak ada taste. Hehehe

Oklah. Untuk mereka yang tak terlalu strict berpantang, boleh la guna resepi saya ni. Kalau yang berpantang memang tak makan kacang segala, harap bersabarlah sampai habis pantang ye. 

Kbaiiii.....


No comments:

Post a Comment