Friday, February 5, 2016

Day 20 - alhamdulillah makin sihat...

HARI KE 20

Lambatnye masa berlalu. Hari ni dugaan agak besar. Org yg selalu hantar makanan ke rumah sepanjang saya berpantang cuti start hari ni sampai 13hb nanti. Sebenarnye malas nak fikir pasal makanan. Tapi bila takde saper yang amek tau nampaknya saya terpaksa la jaga diri sendiri hari ni. Masak jugak yang simple2. Sup ayam. Saya campak kan semua sayur sekali dalam sup tu. Senang. Sekali masak je. Alhamdulillah mumy ade masakkan hati goreng kunyit tadi. Cukuplah tu lauk maktang. Selesai untuk hari ni. Esok macamana pulak ye? Nampaknye encik suami kena turun padang la subuh-subuh esok memasak untuk isteri tercinta ni kan.

Satu lagi dugaan hari ni... Orang yang sepatutnya datang untuk bantu saya kemas-kemas dan uruskan baby dah baper hari tak datang dengan alasan kena gatal2. Saya bukan la jenis orang yang tak berhati perut. Tapi saya terase macam orang cuba amek kesempatan atas kebaikan dan tolak ansur saya. Di saat saya perlukan pertolongan orang, orang buat saya macam ni kan. Saya bukan mintak tolong percuma. Saya bayar untuk perkhidmatan dia. Tapi sampai masa orang buat saya macam ni. Terase kecik ati. Niat nak amek dia kerja 2 minggu saya singkatkan jadi seminggu je. Untuk apa mengharapkan orang kalau saya kena buat semuanya sendiri jugak kan. Mungkin bagi sesetengah orang saya agak kejam dan sombong. Tapi bg saya, ini melibatkan tanggungjawab. Malas lah nak ckp byk. Kang nampak saya yang jahat. 

Oklah. Hati terasa panas pulak. Nak rest jap sementara baby tido ni. Bye semua. 

No comments:

Post a Comment