Well semalam dapat ajar dia masak lagi satu menu. Ikan masak asam. Lauk orang pantang uolssss... Alhamdulillah.. Marbeles rase dia. Encik suami memang ada potensi.. Nanti dah tua leh la bukak bisnes f&b sama-sama kan papa.
So hari ni saya nak share la resepi simple saya ni..

IKAN TUMIS BERASAM
(Lauk orang pantang)
Bahan-bahan :
2 slice ikan (boleh guna sebarang ikan - saya suka tenggiri/merah) - digaul garam kunyit dan goreng
1 cm halia - mayangkan
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - potong ring
1 biji cili merah - potong serong
1 biji cili hijau - potong serong
1/2 genggam asam jawa - bancuh 3 kali
Sedikit garam, gula dan perasa
Cara-cara :
1. Goreng ikan sehingga garing dan masukkan ke dalam bekas
2. Keluarkan sedikit minyak goreng ikan dan kemudian tumis bawang putih dan halia sampai naik bau
3. Curahkan air asam jawa (bancuhan pertama), kemudian bancuhan kedua dan ketiga.
4. Bila dah mendidih, masukkan bawang dan cili.
5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika mahu)
6. Curahkan kuah atas ikan yang telah digoreng tadi.
Alhamdulillah siap... Sedap makan ngan nasi panas-panas.
Sebenarnya encik suami masak dua lauk semalam. Satu lagi chapchai. Yang ni dia dah terer dah. Hari tu dah ajar. Malas pulak nak taip resepi kat sini. Next time la ye. Kite tengok gambar je.
Sedap wooo... Orang lelaki masak memang sedapkan. Teringat masakan arwah dady dulu. Tak pernah ye tak sedap. Semuanya cukup rase.
Hari ni encik suami dapat cuti dari belajar masak sebab kakak saya balik. Dapat la merasa air tangan kakak tersayang pulak hari ni...
Adios frens!
No comments:
Post a Comment